Alhamdulillah pada 14 Ogos 2009 yang lepas, aku dengan team falak (az-zarqali & al-farghani) telah berjaya mengadakan sesi cerapan bintang dan planet Jupiter yang berkedudukan opposisi dengan bumi. Bermakna cahaya yang kita lihat pada planet jupiter adalah kecerahan yang maksimum sebagaimana ketika fasa bulan purnama. Cuaca yang agak baik telah memberikan sedikit ruang untuk aku melakukan proses rakaman, namun lapisan awan nipis sedikit mengurangkan ketepatan fokus.
jom la.. program tengok anak bulan buat kat Baitulhilal, Segari (dekat dengan Stesen Janakuasa Segari. / sebelah pusat penetasan penyu Segari.) jom datang ramai-ramai.